Wednesday, June 25, 2008

Sejarah Sekolah

Sejarah Sekolah



Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat terletak di Seksyen 4 Tambahan, Jalan 4/10, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan di tapak seluas 9.3 ekar. Pembinaannya pada tahun 2002 dan mula beroperasi sepnuhnya pada Januari 2003. Sekolah dibuka pada 6 Januari dengan bilangan murid di daftar sekolah ialah 143 orang murid. Antarynya termasuk 123 oranf murid Melayu, 5 Orang murid Cina, 13 murid India dan 2 murid kaum lain. Pada 13 Januari, jumlah murid telah bertambah kepada 170 orang hasil daripada kemasukan kedua. Jumlah orang guru adalah 26 orang termasuklah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dibantui oleh 3 orang kaki tangan sokongan. Pengurusan sekolah mula diterajui oleh seorang pengetua pada 1 Mei 2003.


Pada tahun 2004, bilangan murid telah meningkat, iaitu seramai 419 orang murid. Dengan itu, bilangan kelas juga meningkat. Tingkatan 1 sebanyak 7 kelas, tingkatan 2 6 kelas dan tingkatan 4 Sains 2 buah kelas.


Pada tahun 2005, bilangan murid semakin meningkat. Tingkatan 1 mempunyai 364 orang murid, tingkatan 2 mempunyai 224 orang murid, tingkatan 3 mempunyai 161 orang murid, tingktan 4 mempunyai 69 orang murid dan tingkatan 5 mempunyai 41 orang murid. Jumlah murid adalah 86 orang. Antaranya termasuk 764 orang murid Melayu, 37 orang murid Cina, 58 orang murid India dan 1 murid kaum lain. Jumlah guru adalah 51 orang. Namun, kelas tingkatan 1 bertambah sehingga 10 kelas, tingkatan 2 bertambah sehingga 7 kelas, tingkatan 3 bertambah sehingga 6, tingkatan 4 bertamabah sebanyak 4 Sains 2 buah kelas dan tingkatan 5 bertambah sebanyak 2 kelas.




Blok Seri Putra (Blok A)
Kemudahan Fizikal:
Tingkat 1 => Pejabat, Bilik Pentadbir, Bilik Operasi, Bilik Mesyuarat dan Bilik Peperiksaan
Tingkat 2 => Bilik Guru
Tingkat 3 => Bilik Sembahyang dan Bilik Darjah
Tingkat 4 => 6 Buah Bilik Darjah



Blok Seri Pujangga (Blok B)


Kemudahan Fizikal:
Tingkat 1 => Bilik Disiplin, Bilik Kesihatan, Kedai Buku dan Bilik Kaunseling
Tingkat 2 => Bilik Serbaguna, Bilik Matematik, Bilik Sejrah dan Geografi dan Tandas Lelaki
Tingkat 3 => Bilik Tayangan, Pusat Sumber dan Tandas Perempuan
Tingkat 4 => 5 Buah Bilik Darjah

Blok Seri Palma (Blok C)
Kemudahan Fizikal:
Tingkat 1 => Bengkel Elektrik, Bengkel Paip, Bengkel Kayu, Bilik SPBT dan Bilik Persalinan Lelaki
Tingkat 2 => Bilik Jahitan dan Bilik Masakan
Tingkat 3 => Makmal Bahasa, Makmal Komputer dan Sebuah Bilik Darjah
Tingkat 4 => Dewan Besar

© Copyright reserved 2008 Tri-Group

No comments: