Misi Sekolah:
MISI SEKOLAH LAMA
Menjadi sebuah sekolah yang mendahalui zaman dalami.
Mewujudkan budaya dan alam sekitar yang indah, bersih, nyaman, ceria di sekolah.
Memantapkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, terkini dan menyeronokkan.
Mencapai kelulusan 100% A dalam PMR dan SPM bagi semua mata pelajaran menjelang 2007.
Memantapkan sistem pengurusan dan pentadbiran yang berkualiti, beretika dan bermatlamat.
Membentuk murid yang aktif dan berdaya saing dalam setiap aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
Membentuk murid yang bersemangat meneroka ilmu pengetahuan, beriman, berketerampilan, bersahsiah, berdisiplin tinggi dan mempunyai jati diri.
Misi Sekolah ditukar pada awal tahun 2006. Ini disebabkan oleh beberapa perkara. Menurut Puan Basinah binti Haji Taib, penolong kanan I, Misi sekolah yang lama tidak lengkap dan tepat. Oleh itu, sebahagian guru sekolah kita dan juda pentadbir telah menghadiri kursus Perancangan Konstruksional pada 13 Disember 2005 yang diadakan di Hotel Twin Peaks, Langkawi. Misi sekolah yang baru telah dicipta oleh guru-guru dengan seorang pensyarah yang peka terhadap visi dan misi sekolah. Misi sekolah yang lebih sesuai dan tepat serta memenuhi kehendak sekolah telah pun dicipta.